Monday, March 9, 2009

Roselle Kuatkan Sistem Imun Badan


Sumber: Akhbar Kosmo dan Majalah Harmoni.

Roselle atau nama saintifiknya Hibiscus sabdariffa L berasal dari Afrika. Pokoknya boleh mencapai ketinggian mencecah antara tiga hingga lima meter. Ia akan berbunga sepanjang tahun. Buahnya yang berwarna kemerah-merahan mengandungi lima kelopak pada setiap kuntum bunga.

Kelopak dan biji inilah yang diproses untuk menghasilkan pelbagai produk seperti jeli, teh roselle, kordial, halwa, campuran biskut dan kek. Sementara batangnya pula merupakan fiber putih berkualiti tinggi yang dapat digunakan untuk menghasilkan berus dan tali.

Buah roselle selain sedap dibuat kordial minuman dan jem, ia juga boleh direbus begitu sahaja. Air rebusan ini mampu membantu melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan kolesterol dalam darah dan merawat penyakit arteriosklerosis.

Berdasarkan kajian nutrisi, setiap 100 gram roselle mengandungi 260 hingga 280 miligram vitamin C, D, B1 dan B2. Kombinasi vitaminnya sudah cukup memberi pelbagai manfaat kepada manusia baik sebagai perisai kepada serangan penyakit, dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan menjaga kesihatan otak serta saraf.

Roselle memang kaya dengan vitamin C. Antioksidan yang terkandung di dalam vitamin C membantu mencegah sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat tindak balas kimia dan radikal bebas di dalam tubuh. Radikal bebas akan mendorong kepada penyakit kanser.

Selain kandungan vitamin yang tinggi, roselle turut mengandungi kalsium iaitu pada kadar 486 mg bagi 100 gram buah itu. Kalsium yang tinggi dapat mengelakkan kerapuhan tulang. Tidak ketinggalan beberapa nutrisi penting lain seperti omega 3, magnesium, beta karotin dan asid amino esensial.

Roselle mempunyai sifat astrigen dan antiseptik. Lantaran itu, pengambilan roselle secara berterusan dapat membantu mengatasi alahan dan asma, hidung tersumbat, meredakan batuk, cirit-birit dan berak berdarah. Roselle juga mempunyai kandungan asik askorbik yang tinggi dapat membantu badan menguatkan imuniti atau sistem pertahanan yang kuat.

1 comment:

  1. youtube - videogamer
    youtube - videogamer.com. The best videos, for the first time video, youtube to mp3 will only be streamed in 1080p, but the original was developed for the PS4 and PS5.

    ReplyDelete