Tuesday, April 28, 2009

Mas Cotek


Emas Cotek atau Emas Secotek digelar penawar segala penyakit wanita. Ia amat terkenal di kalangan wanita yang bakal mendirikan rumahtangga atau wanita selepas bersalin. Tanaman herba ini tumbuh subur di kawasan bukit dan pergunungan. Herba ini merupakan tumbuhan yang hidup meliar.

Ia digelar emas cotek / mas cotek kerana setiap daunnya mempunyai titik hitam atau titik keemasan antara dua urat daun. Malah pada buahnya terdapat titik yang berwarna merah muda. Herba ini adalah dari jenis pokok yang menumpang pada pokok lain. Walaupun begitu emas cotek

Dalam perawatan Jawi, mas cotek digunakan bagi mengembalikan perca persalinan wanita dan merawat penyakit buasir. bukanlah parasit. Benihnya dipercayai disebarkan oleh burung yang memakan buahnya.

Sunday, April 12, 2009

Perubatan Holistik VS Mistik.


Perubatan yang memberi tumpuan kepada ilmu kejiwaan atau soal-soal kerohanian.Perubatan Holistik percaya bahawa tubuh itu akan segera sembuh bila keyakinan itu mendalam untuk mendapat bantuan daripada Allah SWT.Malangnya hari ini perubatan holistik telah berbaur dengan sesuatu yang mistik seperti kepercayaan kepada ilmu-ilmu seperti susuk,saka,aura dan pelbagai istilah yang telah dikomersialkan.

Sepatutnya semakin pendekatan holistik diambil semua hal-hal tersebut dibuang dalam kerangka minda sesaorang terutamanya yang bernama muslim ,yang ada hanyalah kebesaran Allah swt.Holistik hari ini telah bertukar kepada mempelajari sesuatu yang mistik.Holistik yang membawa manusia agar redha dengan penyakit yang telah didatangkan Allah padanya kini telah menyabitkan penyakit tersebut dengan hasad dengki orang kepadanya.

Pengubatan Holistik yang sebenarnya ialah membawa sesaorang itu kepada kehalusan alam rasa untuk lebih menyerah kepada Allah SWT.Cukuplah kepada Allah tempat kita bertawakkal dan daripadanya kita datang dan kepadanyalah kita dikembalikan.

Saturday, April 4, 2009

KOPI CENKUDU TIRUAN



Berhati-hati dengan kopi cengkudu tiruan. Sebuah kilang milik taukeh cina di penang telah meniru kopi keluaran sureco yang hot di pasaran. Pengalaman penulis masa nak beli kopi ni kat kedai biasa mendapati ada kopi ni yang dijual ngan harga yang tersangat murah RM 10.00 sekotak.

Bagi penulis kopi ini merupakan kopi yang paling berkesan diminum. Bukan bias, Dah cuba pelbagai jenis kopi namun tak sama macam kopi cengkudu. Bukan nak kata apa la. Bila orang islam yang buat susah nak tipu dari segi kandungannya.

Kekuatan sureco ialah bahan mentah mereka hasilkan sendiri dan dikilangkan sendiri dan diedarkan sendiri oleh mereka. Maknanya bahannya Halalan toiyibah. Tak perlu ragu. Orang yang menformulasikan kopi ni pun warak orangnya. Kalau kita lihat dia sejuk mata memandang.

Penulis sangat rapat ngan taukehnya. Jadi sepanjang yang penulis tau memang kopi ini sangat tulen dan higenik penghasilannya. Cuma bangsa laknat ni suka menduplicate produk bumiputra islam yang top di pasaran . Dulu kopi Radix kini kopi Cengkudu. Apa nak jadi ni? Yang bestnya yang jadi barua mengedarkan kopi tiruan ni orang kita juga. Salah sorangnya aku kenal sangat.


Dapatkan kopi yang original di stokis berhampiran anda. Yang di kedai biasa dan restoran banyak yang tiruan. Rasa dan khasitnya tak sama berbanding dengan yang asli.

RUKUN PENYEMBUHAN


Rukun Penyembuhan tersebut adalah:-

  1. Keyakinan
  2. Amalan yang berterusan
  3. Munculnya krisis penyembuhan (Healing Crisis)
  4. Dosis yang mencukupi.

1. KEYAKINAN (CONFIDENCE / BELIEVE)

Pertama kali, harus ditanamkan kepada pesakit mahupun perawat bahawa setiap penyakit itu pasti ada ubatnya dan ubatan herba yang diberikan kepadanya merupakan ubatan yang berkualiti. Keyakinan ini adalah sangat penting kerana ia merupakan pintu penyembuhan yang perlu dibuka terlebih dahulu. Keyakinan akan membangkitkan tenaga dalaman yang amat penting untuk membantu mengembalikan sistem imuniti. Pengambilan herba dalam keadaan yang tidak yakin akan membuahkan usaha yang sia-sia.

2. AMALAN BERTERUSAN (CONTINIOUS PRACTICE / CONSUMPTION)

Ertinya kita harus istiqomah dan sabar menantikan tubuh yang sedang menjalani proses penyembuhan melakukan pembaikan ke seluruh tubuh secara menyeluruh (total healing). Apabila kita menyedari bahawa sumber penyakit datang dari makanan harian yang mengandungi toksid (zat beracun), maka sudah semestinya pengambilan herba menjadi perkara rutin dalam kehidupan seharian. Penyakit timbul setelah sekian lama gangguan organ terjadi. Begitu juga ubat memerlukan tempoh atau waktu untuk menjalani proses pemulihan sel-sel yang telah rosak.

3. KRISIS PENYEMBUHAN

Krisis penyembuhan (healing crisis) adalah tanda-tanda yang menunjukkan herba sedang bekerja yang dikenali sebagai Direction of Cure (DOC). Beberapa DOC yang muncul akibat penggunaan herba antara lain:-

a)Bertambah keluar penyakit.
Seringkali kita menjumpai seseorang yang menggunakan herba mengalami healing crisis, dimana nampak semakin bertambah penyakit yang keluar, seperti perempuan yang mengalami keputihan, jerawat dan lain-lain.

b)Berpindah penyakit dari bahagian tertentu kepada bahagian yang lain.
Kita juga sering lihat perubahan beberapa penyakit seperti orang yang menderita asma setelah mengkonsumi herba mengalami gatal-gatal di kulit.

c)Terasa sakit di bahagian pinggang dan telapak kaki.
Sistem saraf yang mempengaruhi keadaan ini dimana rasa sakit akan terasa seolah-olah berpindah turun ke bawah terutama di sekitar pinggang dan langsung ke telapak kaki. Telapak kaki dihubungkan ke wilayah refleksi bagi perawatan seluruh tubuh.

d)Mengulangi sejarah kesakitan. Pengulangan simptom yang tidak disedari telah keluar di suatu masa dahulu.

4. DOSIS YANG MENCUKUPI

Penggunaan herba yang tepat haruslah disesuaikan dengan berat badan pesakit. Dalam hal ini perbandingannya adalah 10kg : 1 gm, ertinya setiap berat badan 10kg memerlukan 1 gram herba ubatan yang harus dikonsumi.

Ulasan: Oleh itu, ketahuilah bahawa sekiranya anda mengamalkan herba tetapi tidak berkesan, maka ia berpunca daripada anda sendiri yang tidak mematuhi peraturan-peraturan di atas. Kesemua rukun ini sangat penting untuk anda fahami sama ada anda seorang perawat atau pesakit.

Tambahan: Air kosong juga hendaklah diminum dengan banyak semasa mengambil herba iaitu sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari (>8 gelas).

Friday, March 20, 2009

Besi khursani


Besi khursani merupakan salah satu mineral yang digunakan untuk menguatkan aliran darah.Pada masa dahulu besi ini digunakan untuk menjadikan tubuh panas terutama bila diletakan pada mana-mana bahagian badan.Panasnya badan ini disebabkan kerana pengaruh beberapa jenis mineral kepada jantung dan aliran darah.Tidak ada kelebihan ajaib pada besi khursani melainkan dia sejenis mineral yang boleh melancarkan perjalanan darah terutama bagi mereka yang sejuk kakitanganya.

Namun bagitu anda akan dapat merasakan medan seperti eletrik statik ringan apabila besi ini digenggam.Rawatan yang boleh digunakan dengan besi kursani ini ialah rawatan khusus bagi masalah yang terkait dengan saraf tulang belakang,otak dan jantung.Masyarakat dahulu mengaitkan besi ini khusus bagi orang lelaki terutama masalah impotensi.Ini mungkin ada kebenaranya terjadi akibat dari kelancaran darah si pengguna.
Bagaimana untuk memastikan benar-benar besi Khursani?Selain daripada medan magnetiknya yang boleh dirasa ,besi yang terbentuk seperti batu ini juga melekat kepada magnet(besi berani) sama seperti besi yg lain.Sekali-kali jangan dikaitkan besi ini dengan tujuan ajaib yang lain kerana kepercayaan bagini boleh membawa kepada syirik.

Friday, March 13, 2009

Kulat Susu Harimau

Mengikut ceritanya cendawan ini tumbuh dari tumpahan susu harimau namun tidak dapat dibuktikan kebenaranya namun bagitu dari zahirnya kulat ini seolah-olah sebuah ketumbuhan dipayu dara.Ini adalah sebahagian daripada kaedah pengecaman fungsi herba-herba ubatan.Dalam pengubatan ,kulat ini dijadikan ubat sapu dimana biasanya kulat ini diasah dengan air pada tudung periuk tanah dan airnya itu dibuat sapu pada payudara.Pesakit akan merasai dingin dan mengurangi peradangan atau bengkak susu .Air asahan tadi boleh diminum sehari 3 sudu besar bagi mengelakan berlakunya peradangan yang lebih teruk.Kulat atau cendawan ini sukar didapati melainkan terdapat didalam hutan-hutan tebal dibanjaran titiwangsa.Kulat yang baik yang mempunyai berat bila di timang dengan tangan dan tidak menjadi hampa dan kosong.jika telah ada pembengkakan yang ada nanah penggunaan kulat ini akan menyebabkan ia pecah dan nanah dan darah kotor akan mengalir keluar.

Monday, March 9, 2009

Roselle Kuatkan Sistem Imun Badan


Sumber: Akhbar Kosmo dan Majalah Harmoni.

Roselle atau nama saintifiknya Hibiscus sabdariffa L berasal dari Afrika. Pokoknya boleh mencapai ketinggian mencecah antara tiga hingga lima meter. Ia akan berbunga sepanjang tahun. Buahnya yang berwarna kemerah-merahan mengandungi lima kelopak pada setiap kuntum bunga.

Kelopak dan biji inilah yang diproses untuk menghasilkan pelbagai produk seperti jeli, teh roselle, kordial, halwa, campuran biskut dan kek. Sementara batangnya pula merupakan fiber putih berkualiti tinggi yang dapat digunakan untuk menghasilkan berus dan tali.

Buah roselle selain sedap dibuat kordial minuman dan jem, ia juga boleh direbus begitu sahaja. Air rebusan ini mampu membantu melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan kolesterol dalam darah dan merawat penyakit arteriosklerosis.

Berdasarkan kajian nutrisi, setiap 100 gram roselle mengandungi 260 hingga 280 miligram vitamin C, D, B1 dan B2. Kombinasi vitaminnya sudah cukup memberi pelbagai manfaat kepada manusia baik sebagai perisai kepada serangan penyakit, dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan menjaga kesihatan otak serta saraf.

Roselle memang kaya dengan vitamin C. Antioksidan yang terkandung di dalam vitamin C membantu mencegah sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat tindak balas kimia dan radikal bebas di dalam tubuh. Radikal bebas akan mendorong kepada penyakit kanser.

Selain kandungan vitamin yang tinggi, roselle turut mengandungi kalsium iaitu pada kadar 486 mg bagi 100 gram buah itu. Kalsium yang tinggi dapat mengelakkan kerapuhan tulang. Tidak ketinggalan beberapa nutrisi penting lain seperti omega 3, magnesium, beta karotin dan asid amino esensial.

Roselle mempunyai sifat astrigen dan antiseptik. Lantaran itu, pengambilan roselle secara berterusan dapat membantu mengatasi alahan dan asma, hidung tersumbat, meredakan batuk, cirit-birit dan berak berdarah. Roselle juga mempunyai kandungan asik askorbik yang tinggi dapat membantu badan menguatkan imuniti atau sistem pertahanan yang kuat.