Saturday, February 21, 2009

Sebab-sebab peningkatan Toksin



Dahulu kita biasa dengan tanggapan makan dan minum itu rahmat tanpa menyedari bahawa sesetengah masalah badan kita sebenarnya berpunca daripada tabiat makan. Tiada hidupan dibumi ini melainkan manusia yang dikatakan bertamadun sanggup mengambil makanan yang terlalu berasid seperti daging, makanan yang di perhaluskan sperti roti, beras, gula,manisan, makanan bergoreng dan berminyak, protein berlebihan dan lain-lain.

Ini telah menyebabkan badan kita terlalu berasid serta penuh dengan makanan tang tidak tercerna, menapai,reput dan tidak asli. Makanan yang kita makan setiap hari mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna, antibiotik, perisa buatan, racun makhlik perosak dan lain-lain. Kesemua makanan ini meningkatkan kandungan toksin dalam badan.

TOKSIN TERKUMPUL.

Ini menunjukkan jika toksin terkumpul di hati ia akan menyebabkan penyakit hati dan pengerasan hati. Jika berada di dalam salur darah ia akan menyebabakan pengerasan salur darah dan menyebabakan penyakit jantung. Jika terus berada di dalam paru-paru ia akan menyebabkan kahak dan tanda-tanda penyakit lelah. Kalau sistem penapisan tidak menyahtoksidkannya toksin akan disingkirkan melalui kulit lalu menyebabkan pelbagai jenis penyakit kulit dan nanah.

Sesetengah toksin menjadi batu karang sementara yang lain terus berada di dalam ginjal.Apabila ginjal kita menghadapi masalah perubahan pathologi akan berlaku. Pengumpulan toksin akan menyebabkan sistem endokrin kita gagal berfungsi dan hormon kita akan terganggu serta-merta. Ini mengakibatkan penyakit kencing manis, masalah haid dan putus haid.

Langkah pertama penyembuhan ialah menyingkirkan toksin dari badan dan tidak mengawalnya dengan ubat. Seterusnya makan makanan yang tidak tercemar dan tidak bertoksin.


No comments:

Post a Comment