Saturday, February 14, 2009

SUMBER UTAMA TOKSIN BADAN


PENCEMARAN MAKANAN

Pencemaran Pertanian
Walaupun revolusi pertanian telah membawa hasil lumayan namun saki-baki bahan kimia pada sayur-sayuran dan buah-buahan telah menjejaskan kesihatan manusia secara teruk. Setiap orang termakan 0.1 kg sayur dan buah yang mengandungi racun makhluk perosak setiap hari secara purata.

Pencemaran Penternakan Haiwan.
Pengeluaran makanan laut dan daging secara besar-besaran telak menggalakkan penggunaan antibiotik  unuk menjadikannya lebih rintangan terhadap kuman=kuman tertentu. Penggunaan Hormon pulak menggalakkan pertumbuhan haiwan ternakan agar lebih besar dan berat. Antibiotik yang tertinggal dalam daging menjejaskan sistem imun manusia dan membinasakan tisu dan sel. Sementara Hormon pula mengganggu sistem kelenjar endokrin.

Pencemaran makanan awet
Makanan yang diproses sarat dengan penggunaan pewarna, bahan awet, pemanis sintetik,penaik tiruan dan pelbagai pewangi sintetik.

Pencemaran Sumber air.
Untuk mencegah penyakit daripada merebak, klorin yag berlebihan telah ditambah ke dalam air paip untuk tujuan penyahjangkitan. Kloirn mengandungi unsur-unsur karsinogen yag boleh menyebabkan  canser.

No comments:

Post a Comment