Saturday, January 31, 2009

Spirulina at new straits time-keratan akhbar


Bagaimana pH badan tak seimbang?


Dengan pengambilan berlebihan makanan yang berunsur asid seperti daging telur dan produk haiwan. Badan yang sihat adalah sedikit beralkali. Pada peertengahan umur, badan menjadi berasid akibat gaya hidup yang kurang sihat, tekanan, kekurangan senaman dan pemakanan yang tidak betul.


Cara yang paling cepat dan mudah bagi memastikan keseimbangan pH yang betul ialah dengan mengambil spirulina.


Spirulina adalah sangat beralkali. Ini membuatkannya amat sesuai sebagai makanan tambahan dalam diet bagi mengimbangkan pH badan kepada neutral.


Spirulina mengandungi asid amino perlu, asid lemak, vitamin dan mineral yang diperlukan untuk badan kita berfungsi dengan sempurna.


Spirulina ialah sumber yang kaya dengan zat besi,kalsium,GLA. Vitman E, betakarotena,klorofil,anti-oksidan,vitamin B12 dan protein tanpa lemak .Bagi vegeterian spirulina ialah makanan yang amat sesuai bagi golongan ini kerana ia membekalkan protein, zat besi,kaalsium dan vitamin B12.


Bagi mereka yang sibuk dan aktif tablet spirulina ialah makanan suplemen semulajadi organik mengandungi nutrien perlu penting untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan dalam persekitaran masa kini yang penuh tekanan dan pencemaran.

Friday, January 30, 2009

Gama Linokelik dan Super-Oxide Dismutase (SOD)


Kandungan Asid Gama-Linokelik (GLA) dalam spirulina 3 kali lebih tinggi dalam minyak Evening Primerose.GLA ialah salah satu jenis lemak sihat yang diperlukan oleh tisu saraf otak agar berfungsi dengan sempurna. Antara fungsinya ialah mencegah masalah dermatitis di kalangan kanak-kanak,asma, trombosis saluran darah dan melambatkan proses penuaan. Satu kajian telah dibuat ke atas kanak-kanak yang mengambil satu gram spirulina selama 6 bulan berupaya meningkatkan 81% pencapaian akademik mereka.

Spirulina juga bertndak sebagai Super-Oxide Dismutase (SOD). Bagi mereka yang mementingkan kecantikan kulit Spirulina adalah jawapannya. Ia dapat meningkatkan sistem keimunan, menolong mengurangkan sel tak normal dan membantu melambatkan proses penuaan,. Spirulina mempunyai SOD yang berkualiti tinggi berbanding dengan lain-lain makanan. Ia juga megurangkan pigmentasi disebabkan asid nukleik yang terdapat di dalamnya.

Protein dalam spirulina pula 5 kali lebih tinggi daripada susu lembu. Protein dalam spirulina lebih sihat daripada protein haiwan kerana tiada kolestrol, tiada hormon pertumbuhan,antibiotik dan racun perosak. Tiada perisa tambahan dan rempah serta tidak berasid. Ia juga tidak perlu dimasak dan tiada lemak tepu. Oleh kerana majoriti bahagian badan seperti tulang,kulit,otot dan organ dalaman mengandungi protein dengan mengambil spirulina ia dapat membantu memperkuat fungsi setiap satunya. Ia juga membantu pemecahan lemak dan membantu pembentukan kolagen serta pemulihan tisu. Spirulina juga mempunyai 70% protein berkualiti tinggi. Bertemu lagi esok.......

Thursday, January 29, 2009

B12 dan Besi -Spirulina dan makanan ajaib 6


Vitamin B12 dalam spirulina 2.5X lebih tinggi daripada hati lembu. Bagi pengamal vegetarian amat sukar untuk mendapat vitamin B12 kerana ia hanya diperolehi daripada sumber haiwan. Namun spirulina adalah jawapannya. Spirulina sumber B12 terkaya di dunia. Fungsi Vitamin B12 ialah mencegah anemia pernisius, meningkatkan kesihatan hati,memelihara metabolime sel,membekalkan nutrien kepada sel otak dan meningkatkan daya pemikiran.

Spirulina juga kaya dengan zat besi sehingga 56 X lebih tinggi daripada sayur bayam. Antara fungsinya menggabungkan protein untuk membentuk sel darah merah, mengangkut oksigen antara darah dan sel serta juga mencegah anemia. Dijepun 8 wanita yang menurunkan berat badan mengalami anemia. Setelah mengambil 4 gram spirulina selama 30 hari tahap hemoglobin darah naik sebanyak 21% dari 10.9 ke 13.2.

Wednesday, January 28, 2009

Beta karotena dan Darah Hijau-spirulina makanan ajaib 5 Hijau


Kandungan Beta karotena dalam spirulina 25x lebih tinggi daripada lobak merah. Juga dikenali sebagai Raja Beta Karotena.Fungsinya mengawal pertumbuhan sel yang tidak normal atau bertindak sebagi anti oksidan (punca kebanyakan penyakt moden dewasa ini. sati kajian imunologi yang dijalankan oleh Institiut Teknologi Massachussetts (MIT) Antara faedah lain membantu perokok yang menjadi penderita kanser peparu, kerongkong,esofagus prostat dan uterus.

Berdasarkan kajian 10 tahun sekolah perubatan Havard mendapati risiko serangan jantung di kalangan pesakit yang mengambil beta karotena berkurang kepada setengah. laporan juga menjelaskan 333 doktor yang terlibat dalam kajian tersebut mendapati risiko serangan jantung bagi pesakit jantung dan keperluan pembedahan jantung perigkat awal dikurangkan kepada setengah.

Kandungan klorofil dalam spirulina 30x lebih tinggi daripada rumput gandum. Fungsinya juga dikenali saebagai darah hijau membantu penghasilan hemoglobin dan mensterilkan serta meneutralkan toksin dalam darah juga mengandungi bahan-bahan anti keradangan. Spirulina juga boleh mencegah anemia di mana ia akan meningkatkan kepekatan sel darah merah dan mencatikkan kulit wanita. Bertemu lagi esok.....

Tuesday, January 27, 2009

Kekurangan 46 nutrien + Badan berasid -Spirulina makanan ajaib 4


Kekurangan 46 jenis nutrien dan badan berasid akan menyebabkan badan kita menjadi separa sihat. Gaya hidup tak sihat,pencemaran air,pencemaran udara, tekanan hidup, makanan proses berlebihan, pengambilan daging berlebihan dan terlalu memilih makanan juga menyumbang kepada permasalahan ini. Apabila ini berlaku fungsi-fungsi organ dan sel terganggu.

Ini akan menyebabkan gejala separa sihat seperti sakit kepala, pigmentasi, kekebasan, buasir, sakit otot,sakit bahu,gastrik,jerawat,sakit sendi, asid gaster berlebihan,keletihan,sembelit,alahan kulit dan gas dalam perut.

Sekiranya langkah pencegahan tidak di ambil ia akan menyebabkan penyakit yang lebih serius seperti ulser perut, penyakit peparu, mutasi sel, penyakit hepati, penyakit buah pinggang, penyakit jantung, Myocardial infartion,Anemia, katarak dan kencing manis.

Oleh itu antara langkah yang perlu dilkukan ialah memakan sekurang-kurangnya 10 jenis sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari atau memakan kesemua makan sintetetik yang mengandungi 46 nutrien tersebut. Kalau itu terlampau berat untuk anda lakukan ambillah spirulina kerana semua 46 nutrien yang diperlukan sudah ada di dalamnya disamping ia bersifat alkali yang baik untuk tubuh badan,

Monday, January 26, 2009

Tahap badan berasid-spirulina makanan ajaib 3


Untuk mengekalkan kesihatan , kita patut mengamalkan pemakanan yang seimbang dengan pengambilan 80% makanan beralkali dan 20% makanan berasid
-Dr. Ragner Berg dari Amerika

Badan kita hanya boleh menjadi sihat jika kita boleh mencapai keseimbangan 80% alkali dan 20% asid
-Dr. Lynn Tan
Kedua-dua pendapat pakar di atas menjelaskan kepada kita betapa pentingnya makanan berunsur alkali. Walaubagaimanapun pilihan makanan beralkali sangat terhad seperti sayur-sayuran, telur putih, buah-buahan, keju dan alga. Kebanyakn makanan yang kita ambil pada hari ini kesemuanya berasid sperti seafood dan daging. Sudah pastilah kita perlu mencari sumber alternatif yang kaya dengan alkali dan kesemua 46 nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Spirulina adalah jawapanya. bersambung lagi esok

Mengapa kita sering sakit- spirulina makanan ajaib 2


Badan manusia memerlukan 46 jenis nutrien. Nutrien tersebut mesti terdiri daripada vitamin, mineral dan protein (asid amino). Kebanyakan nutrien ini tidak dapat dihasilkan oleh badan tetapi 100% diperolehi daripada sumber makanan.


Kesemua nutrien tersebut diperlukan oleh badan setiap hari. Sedangkan setiap hari kita menghurai makanan yang kita makan dan dikumuhkan. Nutrien itu pula perlu diambil dengan kadar yang seimbang dan setiap bergantung di antara satu sama lain. Kekurangan salah satu nutrien tersebut menghadkan penyerapan nutrien lain dan menyebabkan pembaziran yang tidak perlu serta menyebabkan badan tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya.

Sebagai contoh jika lipid dan asid kolik (asid hempedu) tidak mencukupi. Vitamin A,D,E dan K tidak boleh diserap. Kekurangan Vitamin D juga menyebabkan kalsium tak boleh diserap. Ramai di kalangan kita yang merungut dah makan macam-macam produk kesihatan tapi tak sembuh. Cuba gunakan spirulina bersama lain-lain produk. Inshaaallah.... bersambung

Sunday, January 25, 2009

Spirulina makanan ajaib


Sumber makanan pertama di dunia ialah lumut dan alga.Spirulina adalah salah satu bentuk kehidupan pra-sejarah yang paling purba dengan rekod kewujudan 350 juta tahun yang lalu.Kini terdapat lebih 35 jenis spirulina yang boleh di makan manusia.

Kandungan nutrien dalam spirulina 1000 kali lebih tinggi daripa sayur-sayuran. Apabila dimakan spirulina tiap hari, ia akan mengganti mana-mana nutrien yang kurang dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia juga membaiki keadaan badan yang berasid. FAO(Pertubuhan makanan dan pertanian bangsa-bangsa bersatu) meniktiraf spirulina makan terbaik masa depan dan spirulina ialah makanan paling sesuai abad 21. FDA (Pentadbiran makanan dan dadah Amerika Syarikat) mendakwa bahawa Spirulina Supleman Nutrien terunggul.

Pertubuhan kesihatan sedunia WHO mengatakan spirulina ialah makanan kesihatan terbaik untuk menusia abad ke 21 dan persatuan kesihatan jepun mengutarakan bahawa Spirulina ialah satu daripada 38 jenis Suplemen kesihatan yang sangat berkesan. Ikuti lagi siri spirulina ini dan saya akan membongkar satu persatu keajaiban spirulina dan kesannya ke atas tubuh manusia. Tunggu........

PERUBATAN TRADISIONAL



DEFINISI

Perubatan tradisional ialah sejenis perubatan pra-saintifik bagi sesuatu kaum. Perubatan ini berbeza daripada perubatan yang diamalkan di Barat. Perubatan jenis ini digunakan pada masa tertentu yang bertujuan untuk penjagaan kesihatan dan sesuai bagi sesuatu masyarakat tertentu.

Perubatan tradisional terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
a. a. Perubatan tradisional profesional.
b. b. Perubatan tradisional bukan profesional atau perubatan tempatan.

Perubatan tradisional profesional

Perubatan tradisional profesional telah terbukti beberapa tahun yang lampau dan penggunaannya telah diamalkan oleh pelbagai peringkat kumpulan dan masyarakat sehingga kini. Konsep-konsep asasnya telah diterima manusia sejagat. Diantara ubatan tersebut ialah:

a. Perubatan ayurveda diamalkan oleh masyarakat India

b.Perubatan ginseng dan akupuntur diamalkan oleh masyarakat Cina dan telah sedia dimaklumi
oleh orang-orang di Asia.

Perubatan tradisional bukan profesional.

Perubatan tradisional bukan profesional mempunyai berbagai-bagai ciri-ciri tertentu dan telah tersebar secara meluas tetapi konsep dan kepercayaannya terbatas bagi masyarakat kecil diperingkat tempatan.
Perubatan tradisional mempunyai berbagai-bagai cara mengamalkannya mengikut adat dan budaya sesuatu kaum. Perubatan jenis ini dikategorikan kepada 4 kumpulan iaitu:

1. 1. Tradisi mengikut kelahiran.
2. 2. Herba-herba sebagai ubatan.
3. 3. Teknik-teknik khas seperti tulang-tulang asas.
4. 4. Semangat dan agama sebagai penyembuh.

Perubatan tradisional bagi masyarakat orang asli

Dikalangan masyarakat orang asli mimpi sangat berperanan dalam keagamaan dan juga sistem perubatan tradisional. Melalui mimpi pengamal-pengamal perubatan tradisional (bomoh atau pawang) yang dikenali sebagai “hala” mendapat ilham tentang jampi, nyanyian, cara mengubat penyakit yang berkaitan dengan mahluk halus yang dikenali sebagai superhuman dan sebagainya.

Tumbuhan dan perubatan

Penggunaan tumbuhan di dalam sistem perubatan tradisi menunjukkan hubungan yang rapat antara manusia dan sekitarannya. Bagi masyarakat yang berhampiran hutan menggunakan tumbuhan hutan sebagai ubatan seperti daun mengkudu, daun geruda, daun ati-ati, pokok putat daun jambu dan sebagainya.Manalaka bagi masyarakat pantai mereka menggunakan tumbuhan pantai sebagai ubatan. Satu kajian kes yang dijalankan di Melaka oleh Halifah bt Yusof pada tahun 1988 mendapati tumbuhan pantai boleh merawat penyakit luaran, penyakit dalaman dan rawatan selepas bersalin.

Penyakit luaran
PENYAKIT UBATAN
Kudis Pognia pinata
Gatal-gatal Pognia pinata
Bobol @Puru tapak kaki Phyllanthus niruni
Bisul Stathytarpheta indica
Penyakit dalaman
PENYAKIT UBATAN
Sakit kepala Acanthus abracteatus
Ardisia littoralis
Catharanthus rosaus
Sakit perut Rhodomyrtus tomentosa
Lelah Carapa granatum
Sakit lutut Crinium asiaticum
Penyakit yang berkaitan dengan mahluk ghaib
Halau hantu Pandanus atrocarpus
Casuarina equisetifolia
Memulih semangat tanah Pluchea indica

Cara pengubatan penyakit ialah dengan merebus tumbuhan tersebut samaada sendirian atau sebagai salah satu campuran dalam ramuan mandian, minuman atau air cucian. Tumbuhan tersebut boleh juga diramas atau ditumbuk dan ditampalkan pada tempat yang sakit. Bahagian-bahagian tumbuhan yang biasa digunakan ialah akar, daun, batang dan buah. Terdapat berbagai jenis tumbuhan yang boleh merawat sejenis penyakit.

CONTOH: SAKIT KEPALA
Jenis tumbuhan yang boleh digunakan seperti
1. Acanthus ebracteatus atau daun Ardisia littoralis - digiling dan disapu di kepala
2. Bunga Catharantus roseus - diramas dan disapu pada kepala
3. Daun Justica gendarussa, daun kemuning , - diramas dan disapu pada kepala
daun durian belanda dan daun nona

Ada pula sejenis tumbuhan boleh mengubati berbagai jenis penyakit.

CONTOH: PES CAPRAE
Tumbuhan ini boleh mengubati sakit lutut, wanita lepas bersalin, bisa-bisa badan dan demam panas.

Pada kebiasaannya penggunaan ubatan ini disertai dengan bacaan shalawat dan ayat-ayat Al- Quran supaya mendapat keberkatan dan lebih mujarab.

Rawatan wanita bersalin
Kelebihan seorang wanita yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. ialah melahirkan anak. Semasa proses melahirkan banyak urat saraf yang halus terputus dan banyak tenaga telah hilang. Justru itu urutan adalah salah satu rawatan yang bertujuan memulihkan kembali sistem saraf yang terganggu dan melancarkan peredaran darah bagi mengembalikan tenaga yang telah hilang. Dalam urutan bagi ibu yang bersalin ialah menggunakan bedak panas yang dinamakan param yang mengandungi campuran cekur, jerangau, bonglai, halia bara, lempoyang, daun pulut-pulut, ubu karot, kunyit dan daun pegaga yang disapu di seluruh badan. Bedak panas ini berfungsi menghalang kemasukan angin ke dalam badan melalui liang-liang roma. Param ini dapat menghaluskan dan menegangkan kulit serta memutihkannya. Bagi wanita yang mengamalkan penggunaan param ini akan kelihatan berseri-seri selepas habis pantang. Pada biasanya urutan dilakukan dari bahagian kepala dan menurun hinggalah ke bahagian kaki kerana dipercayai bahagian panas bermula dari kepala. Urutan boleh dilakukan sebanyak tiga kali, lima kali atau tujuh kali mengikut kemahuan ibu yang bersalin. Selepas berurut ibu-ibu akan dipakaikan bengkung yang boleh membantu mengecilkan perut walaupun tidak seratus peratus seperti sediakala. Bengkung ini boleh mengembalikan perut sebanyak 90 % ke asalnya. Bengkung ini akan di pakai selama 44 hari kerana dengan menggunakan bengkung ini akan menjadikan gerak-geri lebih yakin dan selesa dan kedudukan rahim akan lebih tetap.
Di dalam mandian daun-daun sirih,daun nangka, daun serai dan daun halia akan dimasak dengan air untuk dijadikan herba mandian untuk mengelakkan sakit tulang dan badan akan sentiasa harum.
Amalan bertungku pula adalah satu cara rawatan untuk mengecutkan rahim dan disamping itu boleh mengurangkan lemak-lemak di bahagian perut. Bertungku adalah ubat yang paling berkesan pada bahagian rahim.

REMPAH RATUS
Rempah ratus ini berasal daripada campuran 44 jenis herba seperti akar kayu, daun-daun terpilih dan biji-bijian. Rempah ini mujarab untuk mengembalikan semula tenaga dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan. Bahan-bahannya seperti akar telunjuk langit , akar Siti Fatimah , tongkat Ali , akar tutup bumi , bunga pakma dan akar seringan. Daun-dan akar kayu ini dicari dan digali jauh ke dalam hutan. Setelah itu dijemur sehingga kering dan sedia untuk dijadikan ubat-ubatan. Ada yang menggunakannya dengan merebus lalu diminum , dijadikan serbuk atau dimasukkan dalam kapsul.
Memakan rempah ratus dalam bentu serbuk adalah lebih berkesan dan ianya akan lebih berkesan dengan mencampurkan sedikit madu dan telur ayam kampung. Akar kayu juga bagus untuk memanaskan badan. Selain makanan yang bertindak dari dalam terdapat juga senaman bagi ibu-ibu sama ada selepas bersalin atau sebagai amalan harian.
Senaman ringkas ini ialah apabila bangun tidur pagi duduk dan luruskan kaki bongkok badan dan cecahkan hujung jari tangan dengan hujung jari kaki . Kemudian bengkokkan kaki kiri dan tarik ke sebelah kanan dan pusingkan tubuh dan ulangi semula kaki yang sebelah kanan.
Mengamalkan jamu dari muda dan memakan ulam-ulaman juga akan menjadikan kita awet muda. Antara ulam-ulam yang popular ialah pucuk gajus , daum selom , buah putat , lempoyang dan kunyit hidup. Tetapi kunyit hidup tidak boleh diamalkan selalu kerana ianya boleh menpercepatkan monopous.

KHASIAT DAN KEGUNAAN
Jintan hitam
Selain sebagai bahan masakan jintan hitam juga mempunyai banyak khasiat. Jintan hitam lebih popular bagi masyarakat India. Dari segi perubatan jintan hitam telah digunakan sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Hadis riwayat Bukhari, Muslim menceritakan Abu Hurairah r.a. berkata “ Tetaplah dengan Habbah Al Sawdah (jintan hitam) kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi segala penyakit kecuali Al-sam atau maut.
Antara khasiat jintan hitam ialah menguatkan tenaga , mengelakkan penyakit dan mengurangkan kolesterol dengan memakan tujuh biji jintan sebelum tidur dan tujuh biji selepas bangun tidur setiap hari.
Bagi penyakit kencing tidak lawas , haid tidak lancar ialah dengan menggoreng tanpa minyak dan dijadikan serbuk lalu diminum dengan air panas dan madu.
Bagi menguatkan tenaga batin ialah dengan memasak susu segar dan dicampurkan dengan jintan hitam dan madu dan diminum sebelum tidur.
Bagi ibu yang menyusukan anak jintan hitam boleh membanyakkan air susu dengan memakan tujuh biji sebelum tidur dan tujuh biji selepas bangun tidur.
Bagi menghilangkan demam selsema dan sakit tekak campurkan serbuk jintan dengan perahan limau nipis dan satu sudu besar madu.

Kunyit
Pokok kunyit boleh dikatakan pokok serba guna, setiap bahagiannya mempunyai peranan tersendiri. Daunnya membangkitkan aroma masakan begitu juga bunganya. Apalagi buahnya yang mempunyai seribu satu khasiat selain untuk penyedap masakan. Bagi masyarakat India, kunyit dijadikan bahan utama untuk rempah kari dan piccalilli (acar pedas). Di samping menjadi pewarna dan perasa di dalam masakan ia juga menjadi sebahagian perubatan tradisional.
Setiap masyarakat mempunyai kepercayaannya tersendiri mengenai khasiat kunyit dalam kehidupan seharian. Peranan kunyit dalam perubatan telah dikenal pasti sejak 3000 tahun lalu.
Bagi masyarakat Melayu kunyit juga dimunum sebagai jamu terutamanya ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Manakala masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Di dalam perubatan Thai kunyit digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung.
Dalam ilmu perubatan Hindu kunyit disyorkan sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit, gatal-gatal dan depilatori. Di samping itu ia juga digunakan sebagai barangan kosmetik untuk mewarnakan kulit.
Terdapat penyelidikan yang membuktikan kunyit menguatkan pundi hempedu, menyekat pembekuan darah yang bahaya, mengurangkan toksin hati, membantu memetabolismakan lemak dan mempunyai kesan anti merangsang tindakan dan non steroidal.

Bawang putih
Bawang putih bukan sekadar penyedap masakan. Malahan ia berkhasiat untuk kesihatan manusia. Khasiatnya telahpun diketahui pada tahun 5000 sebelum Masihi berdasarkan tulisan-tulisan purba orang-orang Babylon, Greek, Roman dan Mesir.
Orang-orang Mesir purba percaya memakan bawang putih setiap hari untuk mendapatkan tenaga dan ketahanan badan. Pekerja yang membina piramid juga dikatakan banyak memakan bawang putih . Orang-orang Greek pula menggunakannya untuk memulihkan penyakit typhus dan dysentary iaitu penyakit berak darah serta mengelakkan jangkitan bakteria dan gangrene pada luka semasa perang.
Para saintis pula mendapati bahawa bawang putih mengandungi alliin, terbitan sejenis asid amino. Apabila ditumbuk atau dihancurkan bawang putih akan mengeluarkan sejenis enzim yang dipanggil allinase yang akan menukarkan alliin kepada allicin iaitu sejenis antibiotik yang mengandungi tindakan antibakteria yang bersamaan dengan 1 % penisilin. Oleh itu bawang putih sesuai digunakan untuk merawat luka-luka. Memakan bawang putih dengan kadar yang tetap akan memberi perubahan yang besar kepada pesakit jantung aterosklerotik. Ianya juga dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah kerana metilalil trisulfat yang terdapat pada bawang putih berfungsi mengembangkan dinding pembuluh darah. Kajian juga menunjukkan bahawa bawang putih menipiskan platelet darah dengan menghalang pengumpulan darah. Oleh itu serangan jantung dapat dielakkan. Bawang putih juga agen anti kulat. Ia berkesan untuk merawat jangkitan kulat yang sering dihadapi oleh ahli-ahli sukan di bahagian kaki mereka (Candida albicans). Ianya juga berkesan mengelakkan jangkitan 20 % kulat lain.
Satu kajian di China menunjukkan bawang putih berkesan untuk menyembuhkan penyakit Cytococcol Meningitis, iaitu sejenis penyakit radang otak yang berbahaya.

Bawang putih jugan boleh menyembuhkan penyakit selsema dan demam selsema. Allicin yang bertindak menghalang tindakan bakteria di dalam saluran pernafasan. Dengan ini masalah hidung tersumbat dan influenza boleh diatasi. Bawang putih juga kaya dengan protein, vitamin A,C, tiamin dan galian-galian surih seperti tembaga, zink , kalsium,potassium, sulfur, germanium dan selenium.
Kegunaan bawang putih yang lain.
  Membuang angin
  Menambah dan mengawal selera makan
  Mengurangkan sakit gigi,gusi dan gigi yang longgar
  Merawat batuk dan batuk kering
  Merawat selesema
  Merawat sakit telinga
  Menghalau serangga
  Merawat bisul dengan menuamnya

Lempoyang
Lempoyang dan cekur banyak kegunaannya. Jika kedua-duanya ditumbuk dan dicampurkan dengan garam jantan ia boleh mengubati gastrik. Campuran antara lempoyang , cekur berserta daun, jerangau daun bonglai, daun pegaga, kayu angin, biji kani, kedawong dan ramuan adas sepuluh sari dan digiling lumat dan diminum airnya boleh membanyakkan air susu ibu yang baru melahirkan. Bagi mengubati keguguran pula campuran lempoyang dengan sedikit akar pinang dan akar kelapa yang belum mencecah bumi dikisar dan diminum airnya.

PETUA-PETUA ORANG TUA-TUA
Sebenarnya untuk kelihatan cantik tidak memerlukan perbelanjaan yang mahal. Sejak turun temurun banyak petua yang diamalkan oleh generasi terdahulu untuk cantik dan manis dipandang. Segala yang ada di sekeliling kita ada gunanya. Tumbuh-tumbuhan dan bahan asli banyak menafaatnya. Antara beberapa petua yang penting untuk kecantikan ialah:
1. 1. Menghilangkan jerawat
Tumbuk beberapa helai pucuk jambu batu hingga lumat. Tepek pada muka dan biarkan kering dan barulah dicuci dengan air yang bersih.
2. 2. Melebatkan kening
Sapu kedua-dua kening dengan batang pucuk paku yang subur dan masih belum kembang daunnya. Lakukan selama seminggu.
3. 3. Mulut berbau
Ramas beberapa helai daun sirih hingga hancur. Tapi airnya dan dijadikan kumuran setiap pagi dan malam.
4. Badan kurus ingin gempal
Minum segelas air masak tengah malam dan segelas lagi waktu subuh.
5. Menghilangkan bau ketiak
Makan putik limau kasturi pada waktu pagi, tengahari dan malam, amalkan selama 7 hari dan boleh dijadikan amalan harian.

PENUTUP
Perubatan tradisional adalah warisan turun-temurun yang kian kurang orang mengamalkannya. Perubatan ini tidak menunjukkan kesan tindakan secepat perubatan alopati tetapi mengamalkannya adalah untuk kesejahteraan jangka masa panjang. Perubatan ini terbukti keberkesanannya kerana generasi lama walaupun sudah tua dan mereka kebanyakannya mempunyai anak yang ramai tetapi mereka kelihatan masih gagah dan cergas berbanding generasi kini mempunyai seorang atau dua orang anak telah mengalami sakit pinggang, buah dada mengeleber , nampak tidak bermaya dan sebagainya. Ini disebabkan mereka yang terdahulu mengamalkan petua dan mengamalkan perubatan tradisional. Ini kerana sistem perubatan pada masa dahlu adalah berkurangan dengan itu mereka terpaksa menggunakan bahan semulajadi sebagai ubatan. Tetapi ternyata ianya memberi kesan yang memberangsangkan.
Walau apa pun cara perubatan semua itu dengan izin Allah S.W.T. Segala apa yang kita lakukan semuanya hendaklah yakin pada kuasa Allah kerana apa yang ada di mukabumi ini adalah dengan kehendakNya.

Maksud Perubatan Alternatif


Alternatif membawa maksud pilihan. Hari ini perubatan arus utama berteraskan perawatan berasas penggunaan dadah dan bahan kimia. Dalam apa jua keadaan sedikit sebanyak kedua-dua bahan ini menjejaskan sistem pertahann badan manusia secara beransur-ansur.

Namun sebenarnya perubatan arus utama alopathy bukan lah semuanya buruk. Dari segi pengesanan penyakit dan rawatan kecemasan mereka masih ke hadapan.

Blog ini ini akan cuba memberikan sebanyak mungkin info tentang tip-tip kesihatan, pelbagai jenis rawatan alternatif dan gaya hidup sihat.

Semoga blog ini mendapat sokongan dan dokongan semua pihak ke arah masyarakat malaysia yang sihat dan panjang umur.Rawatan alternatif telah mendapat tempat dalam sistem perubatan barat dan dunia amnya. Berjumpa lagi dalam post yang akan datang....